Kerajaan memperuntukkan RM85 juta untuk program perantisan dan latihan dalam pelbagai sektor industri untuk mempertingkat kebolehpasaran graduan, tahun ini. Jumlah itu tidak termasuk RM15 juta lagi yang diperuntukkan bagi tujuan sama khusus dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang membabitkan kira-kira 4,000 graduan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bercakap kepada media selepas melancarkan Hari Kerjaya `Snap-A-Job' 2008 menerusi Program Pentauliahan Profesional (3P) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan sijil kepada 20 graduan terbaik 3P, termasuk anugerah khas untuk lulusan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah, Mohamad Muaz Mohamad Taib, 20, yang hanya memiliki ketinggian 1.05 meter.
more  |