Media Relations

Newsroom

Prestariang peroleh kontrak lanjutan RM222.6j
30 Jan 2018
Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Prestariang Bhd, Prestariang Systems Sdn Bhd (PSSB), terus menjadi satu-satunya penyedia penyelesaian pelesenan Microsoft kepada semua agensi kerajaan selepas memperoleh lanjutan kontrak bernilai kira-kra RM222.6 juta daripada Kementerian Kewangan.

 Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Prestariang berkata, lanjutan kontrak itu selama tiga tahun mulai 1 Februari 2018 hingga 31 Januari 2021.

 Menurut surat anugerah, PSSB juga akan menjadi satu-satunya penyedia penyelesaian pelesenan ​​​​​​​untuk institut latihan awam (ILA) di Malaysia mengikut kontrak Perjanjian Pelesenan Induk (MLA) 3.0.

 "Lanjutan kontrak mengikut MLA 3.0 itu merupakan peningkatan daripada MLA 2.0, termasuk ILA yang juga pelanggan baharu kami dengan skop tambahan perkhidmatan," menurut Prestariang.

 MLA 2.0, dimeterai antara PSSB dan Kementerian Kewangan pada 9 Jun 2015, adalah kontrak pemerolehan berpusat yang membolehkan semua agensi kerajaan membeli lesen perisian, produk dan perkhidmatan Microsoft melalui PSSB mulai 1 Februari 2015 hingga 31 Januari 2018.

 Sementara itu, dalam kenyataan bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Prestariang, Abu Hasan Ismail, berkata lanjutan kontrak itu adalah bukti keyakinan kerajaan terhadap keupayaan syarikat itu.

 "Pemberian kontrak MLA 3.0 dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan syarikat," katanya. - BERNAMA

 



Source : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/01/382239/prestariang-peroleh-kontrak-lanjutan-rm2226j

Hits : 52 [ Back ]
INVESTOR RELATIONS
TRAININGS & CERTIFICATIONS
QUICK LINKS

Copyright © 2003- 2019 Prestariang. All Rights Reserved.
All trademarks referenced herein are the properties of their respective owners.
Terms and Conditions of Use

Total Visitor :