Media Relations

Newsroom

Untung bersih Prestariang meningkat kepada RM9.02 juta
16 May 2018
Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Prestariang Bhd (Prestariang) meningkat kepada RM9.02 juta dalam suku pertama berakhir 31 Mac, 2018 berbanding RM3.22 juta pada suku sama tahun lepas.

Perolehannya turut meningkat 66 peratus kepada RM72.75 juta bagi tempoh sama berbanding RM43.89 juta sebelum ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Prestariang berkata peningkatan perolehan itu kebanyakannya disumbangkan oleh bahagian teknologi kumpulan itu, khususnya hasil konsesi projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) selain sumbangan oleh bahagian perisian dan perkhidmatannya.

"Perolehan bagi SKIN itu adalah berdasarkan peringkat penyelesaiannya pada akhir tempoh pelaporan.

"SKIN menyumbang 36.7 peratus hasil bagi suku laporan itu manakala pelesenan dan pengedaran perisian itu merupakan majoriti daripada 57.5 peratus. Bakinya pula disumbangkan oleh latihan dan pensijilan serta perniagaan universiti," katanya.....



Source : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1464345

Hits : 85 [ Back ]
INVESTOR RELATIONS
TRAININGS & CERTIFICATIONS
QUICK LINKS

Copyright © 2003- 2019 Prestariang. All Rights Reserved.
All trademarks referenced herein are the properties of their respective owners.
Terms and Conditions of Use

Total Visitor :